Monday 18 February 2013

Hari Lahir Ayah Saya

Inilah makanan yang kami pesan
Pada tarikh 12 Febuari 2013, kami menyambut hari lahir ayah saya. Kami pergi ke Majestic Hotel untuk meraikan hari lahir beliau. Hotel itu sangat besar dan cantik. Kami minum petang di Colonial Cafe. Terdapat ramai orang di sana. 

Set minum petang tiga tingkat
Kami memesan dua set minum petang. Makanannya sungguh enak. Makanannya ialah mini kek coklat, kek buah, krim puff, scones dan banyak lagi. Kegemaran saya ialah kek coklat manakala makanan yang saya tidak gemar ialah kek buah. Saya minum air teh untuk minum petang. Saya amat suka air teh kerana rasanya manis.

Selepas minum, kami mengucapkan selamat hari lahir untuk ayah saya. Saya memberi beliau kad yang saya buat sendiri. Saya membuat kad sendiri kerana saya rasa membuat kad sendiri lebih istimewa. Adik saya juga membuat kad untuk ayah saya. Ayah saya sungguh gembira. 
Ayah saya bersama kad yang dibuat oleh saya dan adik saya
Selepas itu, kami bersiar-siar di kawasan hotel. Hotel ini bersih dan rekaannya kreatif. Terdapat bilik orkid, spa, ballroom dan juga restoran. Saya dan adik-adik saya bermain di kawasan hotel. Kami bermain sorok-sorok. Terdapat banyak tempat sesuai untuk menyorok. Kami sangat gembira.

Masa untuk pulanggggg!!! Saya sangat gembira dan bersyukur kerana mendapat peluang untuk pergi ke hotel ini. Selamat tinggal.
Kami di Colonial Cafe
Inilah bilik orkid yang besar
Akhir sekali, saya doakan agar ayah saya panjang umur dan akan pimpim keluarga kami untuk ke jalan yang lurus. Inshaa Allah. Saya sayang ayah saya!
Inilah ayah saya. Beliau menyambut hari lahir yang ke - 38